Thursday, July 31, 2008

happy!








its our 2nd anniversary.thnx 4 evriting.luvyousomuch.mwuah²!

Monday, July 28, 2008

red flag~


Hari ni banjir lagi.Macam biasalah sakit perut dan senggugut.Kalaulah aku berada di rumah sekarang kan bagus,boleh rehat² and minum air suam banyak².Unfortunately,im at office right now.Huh.Sakit sangat² tapi aku cover² la sikit kan.hum..talking about senggugut,ini ada sedikit info yang aku tau la.

Umumnya rasa sakit senggugut terbahagi kepada dua, iaitu :

1. Kesakitan haid primer,ia berlaku sejak haid pertama dan akan pulih dengan sendiri.Situasi ini adalah normal,namun ianya terasa apabila kamu mengalami stress,penyempitan pembuluh darah,dan kadar kesihatan yang mula menurun.Walaubagaimanapun,gejala ini tidak membahayakan kesihatan.

2.Kesakitan haid sekunder biasanya terjadi kemudia (selepas haid pertama).Walaubagaimanapun ada juga yang dikenali sebagai endometriosis, saat ini lapisan dinding rahim mula menebal,kamu akan rasa kesakitan yang luar biasa.Dan ia boleh mengganggu kesuburan.Untuk mengetahui masalah menstruasi
yang kamu alami,sebaiknya berjumpa dengan doktor sakit puan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang khusus bagi mengurangkan kesakitan akibat menstruasi.


Tanda-tanda senggugut.
1. Timbul kesakitan yang agak kuat sehingga menyebabkan kamu rasa kurang
selesa.

2. Darah yang keluar terlalu banyak sehingga memerlukan kamu menggunakan tuala
wanita lebih daripada satu tuala sehari.

3. Tempoh menstruasi lebih dari sembilan hari dan tidak pernah teratur.

4. Warna darah tidak seperti biasa,misalnya lebih kecoklatan ataupun merah
segar.

5. Jika kamu mengalami tanda-tanda seperti di atas,sebaiknya dapatkan nasihat
daripada doktor.



Dan ini tips untuk menjaga dan mencegah jangkitan Miss V.

-Sering membersihkan alat sulit dengan air bersih.
-Elakkan daripada menggunakan produk pembersih terlalu kerap.
-Elakkan daripada memakai seluar dalam yang terlalu ketat,terutama sekali seluar yang diperbuat daripada fabrik nilon.Sebaliknya pilih seluar dari bahan yang menyerap peluh seperti
fabrik kapas.
-Elakkan daripada menggunakan tisu tandas terlalu kerap (khususnya yang wangi)
setiap kali buang air kecil atau besar.
-Pastikan organ intim dikeringkan dengan menggunakan tuala kecil yang bersih.
-Jaga kesihatan tubuh dengan makan makanan yang sihat dan pelbagai.

Tips dari aku: Ambil tuala kecil or kain yang bersih,then rendam dalam air suam,
perah and letak di area yang sakit especially di perut.Tips ini boleh mengurangkan kesakitan
senggugut. Itu jak yang slalu akuw buat.XD



Thursday, July 24, 2008

r****n



10 Tentang LELAKI.

1. LELAKI sukakan aktiviti BArbeque kerana mereka akan memasak apabila melibatkan
aktiviti yang berbahaya.

2. Lelaki adalah kaum yang berkeyakinan tinggi.Mereka yakin apabila menonton sukan kegemaran mereka d tv dengan penuh konsentrasi,ia dapat membantu pasukan yang mereka gemari mencatat kemenangan.

3. Lelaki sukakan telefon yang mempunyai banyak butang kerana ia boleh membuatkan mereka berasakan dirinya adalah seseorang yang penting.

4. Kebanyakan lelaki takut kepada pelentik bulu mata wanita.
5. SEMUA lelaki tidak suka mendengar perkataan "Ada perkara yang perlu dibincangkan mengenai hubungan kita.

6. Kebanyakan lelaki tidak suka shopping,kerana itulah department lelaki kebanyakannya terletak di aras satu beberapa inci sahaja berhadapan dengan pintu masuk.

7. Apabila empat atau lebih lelaki bersama, topik perbualan mereka adalah sukan & seks.

8. Kebanyakan lelaki MALU untuk membelikan teman wanita mereka tuala wanita.

9. Lelaki kurang sentimental berbanding wanita.

10.Suhu badan lelaki adalah lebih tinggi berbanding kaum wanita.






Perempuan mudah terpesona
pada:

- Bau tubuh semulajadi lelaki.
- Lelaki yang tidak segan dengan kotoran atau lumpur.
- Lelaki yang pandai memujuk.
- Melihat lelaki dengan wajah yang maskulin sebelum bercukur.
- Melihat kesudian lelaki dengan ikhlas berhadapan dengan ORTUnya.
- Melihat tulisan tangannya yang teruk dan tidak tersusun pada diarinya.
- Jika lelaki terlebih dahulu meminta pandangannya sebelum melakukan
sesuatu perkara.
- Sekiranya lelaki membelikannya hadiah yang sudah lama diimpikannya.
- Andai kamu menjadi orang pertama mengucapkan selamat hari lahir.
- Melihat kerutan di dahi lelaki ketika dia sedang serius melakukan sesuatu.
[mat-cho-beb!]



p/s: shayang aku cakap, yang no.5 tu paling dia takut.
hehe.luvandmishyousomuch.